Jumaat, 23 September 2016


Bagi insan yang sedang bersedih

apa pun puncanya, 

JANGAN BERSEDIH

jangan banyak sangat overthinking kelak merugi masa berharga kau

dunia tidak kejam, yang kejam bila mana kau biarkan diri kau dala, kesedihanjangan bersedih lagi, 

kehidupan ini terlalu singkat untuk membuang masa melayani perkara yang mengganggu kausenyum pedulikan kata - kata orang,

kadangkala kau perlu bersikap pentingkan diri untuk jaga hati kau sendiri

maafkan dan teruskan hidup
x

thanks readers

Isnin, 18 Julai 2016


ada benda yang kau terlampau inginkan
namun, untuk berharap lebih,
KAU TAK SANGGUP
sebab kau tahu akhir dia nanti
apa yang kau akan dapat
HANYA SAKIT

MAKA, DOA

hadirkan harapan seiring doa
jangan takut untuk berharap
kerana harapan itu sentiasa menyeliputi figura insani

kalau pun kau tak beroleh apa yang kau inginkan
pasti Dia akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari itu

kalau pun yang diharapkan itu merupakan yang baik bagimu
sememangnya mungkin ada yang lebih baik dari itu
yang tuhan akan titip

bukankan tuhan maha mengetahui ?

thanks readers

Selasa, 7 Jun 2016

Untuk kamu

Khas untuk korang yg tengah putus asa.

Gagal ujian, sakit, kematian dan semua benda yg melemahkn kau.
Pernah tak korang terfikir masa korang tgh susah, kenapa Allah hantar rsa susah tuu dekat kau? Kenapa Dia buat macam tu? Untuk apa? Untuk menyusahkn kau ke?
Sebab apa?
Sebab bila kita ditimpa masalah, kita ingat Allah.
Yang tengah putus asa tuu, kenapa?
Kene ingat, kita jatuh jangan lama² dekat bawah. Bila dah jatuh, kena bangun balik. Aku ada, aku sanggup tarik tangan kau bila kau jatuh. Allah? Allah sentiasa ada, time kau susah, time kau senang. Dia ada.
Semua benda yang melemahkan kau, benda tu laa yang lama² akan menguatkan kau. Percayalah.
Dan, semua bentuk ujian yang Allah bagi tuu, sebab Dia sayang kau.
Dia nak kau sentiasa menadah tangan berdoa, bersujud, menangis. Dia nak kaj dekat dengan Dia.
Allahu, sayangnya Dia dekat kita.
Siapa yang tak pernah rasa ujian Allah, maknanya Allah tak sayang dia. Well, tu dr apa yg aku pernah dengar laa. Tapi betul apa? Ye kan? Hanya org yang sabar sahaja menganggap ujian ini satu hikmah dan rahmat. Sebab dia tahu, Allah sayang dia.
Tak ada benda mudah dalam dunia ni. Sedangkan nak makan pn perlukan kudrat mulat untk mengunyah. Bersyukurlah dengan semua benda yang kau terpaksa terima dan terimalh dengan berlapang dada.
Tuhan tak kejam. Dia cuma mahu beri yang terbaik. Tuhan tak kejam, cuma kau yg tak ckup cerdik. Ada sebab kenapa Dia uji. Ada sebab kenapa Dia tarik apa yg kau sayang. Ada sebab kenapa Dia jauhkan kau dari semua orang. Ada sebab kenapa Dia buat kau rasa dipinggirkan. Ada sebab kenapa dia asyik terus bagi kau ujian.

Tak semua orang menjadi perhatian Allah. Tak semua orang.
Bersyukurlah.

thanks readers

Jumaat, 3 Jun 2016

Stay or Proceed

Sudah lah ,
Aku sudah mengemas semua nya di dalam kotak , dan sekarang aku letakkan di hujung katil ,
Kau tahu ap yang aku simpan di dalam
Kotak tu ?
 

Semua rindu , sayang yang aku kirimkan tiap malam dkt kau tanpa satu balasan dripada kau . Hahaha . 

Kau jgn risau lah , penantian yang sia2 ini lelama akan hilang , parutnya akan cuba ku hapuskan . Munkin bkn hari ini , but it will be gone .
Percayalah ! 

Jika tuhan berkehendak , kita akan bersama juga even kau di kutub selatan aku di utara .
Walau apa pun yang kita pilih , insha allah berakhir dgn bahagia , 
And you found it ! 

Biarkan aku , teruskan perjalanan untuk mencari kebahagiaan . 
Aku doakan kau bahagia . 
Just doakan aku agar di permudahkan urusan .

If rindu , akan ku titipkan doa utk mu setiap masa , tanpa berharap kau akan membalas nya ,, 
Kau tak perlu la ingat aku .. 


Ahhhh sudah lah , sudah larut malam , aku akan monolog kan buat kau. 
Aku harap ini umpama headshot bagi kau ,

thanks readers

cinta itu

cinta ni biasanya lambat hilang..tapi suka tu cepat je hilang..

and biasanya kalu kite ni betul2 cinta or terjatuh cinta kat orang tu..hari ni..esok..luse..dia perangai macammana pon..kite biasanye dapat menerima seadanya..

and kalau dengan orang yang kite suka..bila esok,luse,tulat,tubeng(ambek kau)..hati kite cepat rase panas..cepat rasa die berubah..dan sukar tuk menerima perubahan2 dia..yelah..sebab at the first time that feeling just "like" not "love"..so bila someone that u like doing something that u dont like..basically u willl start not to "like" then anymore..

satu lagi..biasanye kalau kite dah jumpe orang yang benar2 kite cintai..datanglah mahkluk yang macammana pon..kite steady je..sebab bila kite benar2 mencintai someone..memang hati kite cepat stick dengan dia..
and kalaulah kite tak sedar yang perasaan tu hanyalah satu perasaan suka yang just hadir at the first time..mata dan hati kite still lagi seperti mencari cari.and bile kite jumpa someone better..hati kite tibe2 rase excited eventhough kite dah ade someone special..

Love is when u care about someone more than you care about yourself..
love is when u still admire about someone even there is nothing special there..

like is when u care about someone because of their sweetness and apperance..
like is when u start complaining about someone just because they are doing something contrary from the first time you meet them..

it is not love..it is just a "like" feeling that will go away like a dust when u meet someone better..:)

do you love ??or do you like??
is your love one really love you or they just like you??


thanks readers

Isnin, 23 November 2015

move on babe !

Bila putus cinta, tak jadi kahwin,putus di tengah jalan..Kita biasa dengar ungkapan ni.
"Dah takde jodoh ..."
Tapi saya nampak ianya lebih dariitu. Ada banyak punca, antaranya:Ianya adalah pengajaran dari Tuhan.Orang bercinta atau orang yangtengah sayang menyayangi, timbulsampai ke satu tahap mereka rasa,atau salah seorang dari mereka rasa, 
"Dialah segala-galanya bagi aku ."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia ."
"Rinduku milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku milikmu."
"Dialah satu, tiada dua ."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."

"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."

dan bermacam lagilah.

Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya
telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.

Dgn kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Pada Tuhan tak pernah² diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya. Beri hatinya. Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan. Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam2 sebab lagi. Itu cumalah sebab. sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah. After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?
Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir,
Tertaiplah pada statusmu, blogmu,
nukilanmu,
"Cukuplah Allah bagiku ."
Selama ini kita cabar Allah dengan
melebihkan manusia dari Dia.
Lalu Dia seru sahaja mengikut
iradat-Nya,
"Kun Fa Yakun."
Putuslah.
Berakhirlah.
"Kembali sujud pada-KU !"

Sekarang setelah dah tiada jodoh,
Siapa yang kau lebih perlukan?
Barulah tersedar,
"Aku perlukan Allah .
Aku sayang Allah ."

Akhir kata, jangan cabar Allah.
Dengan atau tanpa sengaja.

thanks readers

Ahad, 20 September 2015

seribu bintang

Ingin kupergi jauh darimu
Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu kasih

Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padaku
Tapi jangan kau hanya cuba
Untuk mempermainkan cintaku

Jangan permainkan cintaku


thanks readers